CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, February 28, 2011

HelLo MaRcH~~~

Seperti biasa..... Masa berlalu dengan cepat sangat!!!! Sekelip mata... Da Masuk bulan March...... 

K.... sebelum start story... Nak memulakan sesi luahan perasaan dulu..... Semalam 28 February..... Sepatutnya adalah hari yang paling happy!!! Sebab semalam adalah "My so called Birthday"..... Walaupun ia bukan lah exact day of my birthday.... Still... Ramai juga yang wish.... *Huk-huk.... Sayang korunk!!!* Tapi... My day did not ended like what i expected it to be...... I was so pissed off!!! So disappointed!!! So.... Sad.... Tak sangka boleh jadi macam tu.... *Nangis~~

Right!!! Enough complaining about my stupid life..... I hate it!!!

Hurm...... 1 March 2011!!! Bulan yang baru.... Adakah bulan March korang bermula seperti mana yang korang jangkakan???? Mine tak!!! Mine started dengan penuh kesedihan dan kehampahan.... Cehwah... Ayat Ala-ala putus cinta lak!!! Sila bagilah penampar!!! Opss..... Enough all the crap....

Lately... Macam-macam yang berlaku kat office.... Kekadang rasa takut dan risau pun ada gak... Tapi saya sekadar kakitangan bawahan.... Hanya menjalankan tugas yang seperti diarahakan oleh pihak atasan.... Should be fine i think..... Nothing bad will happened... 

Oh manusia!!! Janganlah kamu berburuk sangka kepada orang lain......!!!! Hurm.....

29th February!!!! Birthday siapakah ini???

"Uik... 29 February??? Ada ea??? Bukan kew February ada 28 hari je??"


"Sorry... Terlupa lak.... Tahun nie kan tak ada 29hb.....!!!"


"Ohh....29 Februry???!!! Tipu lah... Alien jew ada birthday yang pelik cam tu!!!"

Ya...!! Itu lah reponds yang selalu diterima pabila org tanya "Bila birthday awak?" or bila tibanya 28 February setiap tahun.......

Dan sekali lagi... Ya... Itulah hakikatnya bahawa birthday saya jatuh pada 29 February...
4 tahun sekali tu u!!! Gila special kan!!!
Hurm.. Orang lain tiap tahun ada birthday.... Tapi saya???
*Beginilah nasib diri ku yang malang oh Tuhan......* ~Chewah.... Tetiba menyanyi lak!! XD

Tapi hari, agak terharu... Sebab ada jua rakan-rakan yang baik hati yang masih sudi wish Happy Birthday walaupun mereka tau birthday saya 4 tahun sekali... Hahah.... Thanks korunk!!! Sayang korang sume!!! 

Kepada yang baru tau.... Tggu apa lagi??? Ye.. Sila cepat!!! Saya masih menunggu hadiah!!! Tak kisah lah 28hb 0r 1hb mac.... Pun boleh je wish!!!! Apa??? Nak wish hari-hari??? Bagus gak!! Hadiah pun hari-hari ye!!! hehe.... K k... Sila jangan lempang saya!!! :P

*Happy Birthday to ME!!!*

Thursday, February 24, 2011

RAmbuT ku..... Mahkota ku.....

 
Lakme K.Therapy Active Prevention Shampoo 




Lakme K.Therapy Active Fortifying Mask   





   Lakme K.Therapy Repair Conditioning Fluid  

 






Lakme K.Therapy Active Prevention Lotion  


Ya ya... Silalah tengok produk-produk di atas..... Merekalah shampoo anti-hair fall yang paling berkesan dan best!!!! Huu.... Seperti yang diketahui.... SEmua gadis-gadis mengimpikan rambut yang cantik, lebat, lembut, bersinar..... Tapi kebelakangan nie, saya cam facing the same old problems as before - keguguran rambut.... 

Sebelum nie, masa tengah ada masalah nie, saya guna shampoo dalam gambar-gambar nie lah.... Alhamdulillah.... Masalah itu settle.... Rambut jadi cantik, lembut dan tak ada masalah, perasaan cantik jap...... Sekarang *selepas 3 tahun (Lepas masalah rambut tu hilang, tukar gne Dove, pun ok je)* masalah itu kembali .... Semua nie gara-gara nak sangat cuba shampoo Rejoice * bukan bertujuan nak sabotaj produk nie... Mungkin tak sesuai dengan saya kot*. Agak teringin nak guna balik shampoo Lakme nie balik.. Tapi disebabkan kosnya yang agak mahal..... Hurm... Nanti2 lah....

 So sekarang nie decided nak cuba cara tradisional pulak! Macam-macam petua penjagaan rambut yang telah dicari, antaranya :
1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Selain itu, ada juga cara yang pernah saya terbaca dalam magazine, dimana Mayonnaise juga boleh digunakan sebagai 'Hair treatment', iainya adalah untuk mendapat kan rambut yang bersinar dan lebat!! Iya kew boleh?? 

Ada sesiapa yang ada petua-petua lain tak????
kew ada sesiapa yang ada pengalaman yang sama????
Share la ckit.... Huu... sedih tau!!! Bila rambut yang kita sayang nie jadi keras dan gugur..
Hmmm.... Hopefully cara-cara tradisional nie berkesan..... Selamat mencuba ya!!! =) 

Tuesday, February 22, 2011

~InSomNia....

Insomnia- membawa maksud kepayahan untuk tidur/merehatkan diri pada masa yang sepatutnya. 

Antara punca (maybe) : ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, kafein, kemurungan. Tapi ada kalanya tanpa sebarang sebab yang ketara.......

Terdapat 3 jeinis insomnia :
  1. Insomnia Fana - berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa.
  2. Insomnia Akut - ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik - dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus;  berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
 (Sumber dari Wikipedia)

Itulah serba sedikit info berkaitan Insomnia..... Pernah tak korang alami masalah macam nie??? Stress sangat!!! Susah nak tidur malam... Bagun pagi, muka pun jadi kurang bermaya, mata pun da ada lingkaran Sang Panda yang comel.... Hmmm......
Ada satu artikel kat Yahoo kata ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu untuk mengatasi masalah kepayahan tidur malam, antaranya :

1. Buah Cherry
2. Pisang
3. Roti Bakar (Toast)
4. Oatmeal
5. Susu panas
Ps/- Untuk maklumat lanjut, Klik disini......

Serius stress ohhh tak boleh tidur malam..... Dikala semua orang da tidur, suasana sunyi sepi dan gelap gulita (sbb tidur dengan adik).... Otak pun mulalah fikir yang bukan-bukan......Rindu kat.... Hahaha... *Ya, saya tau!! statement mengada... Silalah lempang!!!*.... Takut kat hantu... Dengar bunyi yang pelik.....

Macam-macam dah cuba.... Tapi tak ley juga.... Hmmmm.........~~~ *Mengeluh kuat-kuat....!!~~ >,< Ada siapa yang ada petua dan rahsia untuk masalah nie????


(InsyaAllah, akan cari lebih banyak maklumat berkaitan insomnia.... N akan ShaRe dengan semua orang k!!!)

Monday, February 21, 2011

Failure....!!!!

Busy busy!!!!  Jom mencuri 5min utnuk mengupdatekan blog.....!! *ketawa laju-laju~~*

Saya selalu bercita-cita nak update blog sekerap mungkin..... But too bad....!!! Setiap kali nak update blog.... Mesti ada halangan-halangan yang tak dapat dielakkan... *cehhwaa.... konon2 ayat formal.....*

LOSER!!!! Huhu..... Itu lah ayat yang terbaik untuk menggambarkan diri sendiri..... 
Semua Azam tahun baru seems like totally fail!!! 



Huwaaa.... :'( Sedih yang teramat!!!!
(Siapa nak nangis sama-sama???? Sila angkat tangan!!!)


Dunia terang... Menjadi gulita....!!! *Huhu... Emo jap!!!!* Baiklah.... Masa 5minit untuk update blog da tamat!!!! Jom balik untuk merehatkan minda..... !!!

The-FaceBlog.....

Found something new and fun here....

TUJUAN FACEBLOG :  UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.  

- SEPERTI FACEBOOK,FACEBLOG JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH FACEBLOG DAN BERSAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Enjoy!!!! =)

Thursday, February 10, 2011

Tersentuh Seketika

Pagi ni, cam kurang semangat sikit nak buat kerja.... Semua nie simptom "malas" sebab boss da start cuti panjang!!!! Yippie!!!! Masa tengah bersungguh-sungguh membaca blog-blog.... Tiba-tiba, tertarik nak baca blog yang bertajuk "Tak Tahu / Berani Bila Nak Start Pakai Tudung" ~Sila klik Terfaktab......... ~

~
~~
~~~
~~~~

Kekadang, terdetik jugak dalam hati nie nak pakai tudung.... Tapi, macam-macam yang otak ini berfikir.... "Sesuai ke sekarang???" "pakai tudung nnt kena betul-betul proper, tak nak bertudung secara on off, tapi... kuat ke iman" Hurm.... Macam macam lah lagi.... *mungkin semua nie godaan syaitan yang menghasut kot*

~~~
~~
~

Honestly, sometimes geram jugak bila nampak orang yang konon bertudung, tapi terdedah sini, terdedah sana... Ketat sini, ketat sana.....

~~
~~~~
~~~
~~
Dilemma dalam jiwa.... Sampai bila nak macam nie???? Bukan lah nak kata diri nie perfect or konon-konon berlagak pandai or whatever.... Sume nie just pendapat sendiri jew.... Tapi apa yang penting... Ialah sifat dalaman diri kita masing-masing..... yang penting kita tau apa yang kita buat...... InsyaAllah sampai masanya nnt.... Amin.... :)

Tuesday, February 08, 2011

Berehat-rehat di cuti panjang.....

Hurm..... macam yang diceritakan hari tu.... Orang beraya.... Kita yang beriya-iya cuti lama-lama... Hehe..... Nak buat cam mana??? Raya puasa nak cuti tak boleh, so Chinese New Year nie bercuti sakan la!!!! :p


Macam-macam yang telah terjadi sepanjang cuti ini :

1st:
Isnin- Teman Puan mama pergi hospital untuk check up perut mama yang sedang kesakitan... tetapi, sungguh hampa dengan servis yang diberikan....!!! Bayangakan, daftar pukuk 1 p.m... Tapi, tunggu nyer tunggu, sampai pukul 4 pun tak sampai-sampai giliran lagi!!!! Hospital yang sangat kebengongan!!! *Boleh tak kalau nak mention nama Hospital??? Tapi takut kena saman lak!!!* Huhu......

2nd:
Terpaksa menghabiskan segala simpanan *dan pinjam-pinjam cikit dari Puan mama, Encik Dear dan rakan* untuk Encik Putih ku yang telah rosak... Tak sangka mahalnya kalau overhaul satu engine... ~Pengalaman orang yang tak tahu pasal kereta~~

3rd:
Telah berusaha bersungguh-sunguh untuk bangun awal n pergi jogging. UNtuk manjadi cerita, satu hari ni, tengah jogg kat taman Tasik Shah Alam, tetiba terserempak dengan 1 couple tua yang tengah sagat lost. Kata pak cik tu mereka first time datang jauh dari JB nak jupa anak kat shah alam.... Too bad masa kat komuter, beg da terhilang.... Maka segala alamat, no henpon pun hilang.....

Kesian...... Nak tolong tapi diaorg tak nak...... Hurm............. Nak kata diaorang tipu, ada police report....... Hmm......

Itu je lah cerita yang ada dulu..... Tetiba tak tau cam ne nak susun ayat ntuk meneruskan cerita...... Hurmmm..... Bye.... :)

Tuesday, February 01, 2011

Happy Chinese New Year....!!!

Lama sudah tak update.... Setelah buka page update nie untuk sehari suntuk, akhirnya berjaya jua untuk mengeluarkan idea untuk update encik Bloggie.... :)


Yey.... Chinese New Year da sampai!! Disini hendak mencuri kesempatan untuk wish Happy Chinese New Year kepada semua yang menyambut!!! Semoga dapat banyak-banyak AngPau!!! Untuk diri saya sendiri, walaupun dilahirkan half Chinese.. Tak de lah nak sambut beriya-iya... Still da mintak cuti untuk seminggu!!! Haahaa... Caya la!!! :p


So.... Selamat bercuti kepada semua yang akan bercuti sempena CNY ini.....!!!!!



Ps:- Kekal berfikir..... cam ne nak buat blog lebih menarik??? Hurm......... ('?')