CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, October 13, 2008

tanda-tanda kiamat..... ;o

kita sebagai manusia biasa tidak diberitahu bilakah kiamat akan berlaku? esok, lusa, minggu depan atau tahun akan datang?? kita tidak tahu bilakah ia akan terjadi! namun yang demikian, yang kita pasti ialah kiamat pasti akan berlaku.

di dalam al-quran dan hadis ada disebut tanda-tanda sebelum kiamat terjadi. mudah mudahan ia memberi suatu peringatan buat diri kta yang lupa ini untuk bersedia menanti hari yang paling menakutkan itu!



terdapat terlalu banyak petanda yang tercatit di dalam al quran dan hadith, di antaranya adalah:



tanda kecil:

1. seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.

2. ilmu agama tidak dianggap penting lagi.

3. segala minuman keras seperti arak diminum dengan berleluasa dan bebas, dan peminumnya sudah tidak mengenal dosa bahkan sebagai kebangaan.

4. jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki

5. lahirnya para Dajjal (tukang dusta) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah.

6. manusia gemar fitnah menfitnah.

7. banyak terjadi gempa bumi dimana-mana.

8. banya orang menjadi pemimpin, tetapi jarang sekali yang dapat dipercayai.

9. adanya anak-anak derhaka.

10. ramai anak dari hasil perzinaan.

11. kitab suci al-quran dihina dan diremehkan.

12. banyak terjadi bunuh membunuh.

13. ramai orang yang mempermudahkan masalah talak (penceraian).

14. adanya harta pusaka tidak dibagi.

15. banyak lelaki menyerupai wanita dan kaum wanita menyrupai lelaki.



itulah secara ringkas mengenai tanda-tanda kecil akan datangnya hari kiamat, yang mestinya masih banyak lagi yang belum disebutkan. akan tetapi yang sudah jelas, bahawa petanda itu sudah terjadi mulai wafatnya nabi Muhammad s.a.w hinggamunculnya imam mahadi.



petanda Besar:



1. matahari muncul dan terbit dari arah barat.

2. adanya bintang ajaib yang muncul. bintang itu akan berbicara (surah an-Nahl:82)

3. keluarnya imam mahadi.

4. keluarnya Dajjal.

5. turunnya Nabi Isa.

6. keluarnya asap (awan).

7. rosaknya kaabah.

8. lenyapnya al-quran dari mushaf dan hati.

10. seluruh manusia di dunia menjadi KAFIR.



itulah petanda besar yang berkenaan dengan terjadinya hari kiamat .

Semua maklumat berkaitan telah didapati sebuah buku yang bertajuk- Persediaan di hari kematian dan pengadilan di hari kebangkitan yang ditulis oleh abdul aziz ismail.

0 comments: